Selasa, 30 April 2013

Catatan Hari Akhir Bulan April '13

Hari ini, setelah hampir 3 bulan  saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Bangi ini. Bukan malas, tapi belum ada kesempatan. Kesibukkan menyelesaikan hal-hal keluarga di rumah adalah antara alasan yang seumpamanya. Di tambah dengan kelahiran orang baru, jadi aktiviti harian saya turut berubah dan bertambah. Alhamdullillah, masih terus dikurniakan kudrat, rezeki dan kesihatan yang baik setelah usia sudah mencapai 30-an ini. Perjalanan saya ke kampus UKM kali ini berbeza. Saya tidak melalui jalan biasa iaitu keluar di tol Duta, melintasi bandaraya Kuala Lumpur dan memandu hingga keluar di tol Bangi. Tetapi saya memilih mengikut arus lebuhraya ke selatan (laluan Dengkil) dan keluar di tol menghala ke Putrajaya. Pertama kali ingin merasai laluan dan pengalaman yang tidak sama. Menurut saya, perjalanannya agak sedikit jauh berbanding jalan kebiasaannya yang saya tempuh. Barangkali itu tanggapan saya, mungkin bagi orang yang biasa melalui jalan itu, ianya lebih mudah dan cepat. Wallahualam.

Khamis, 18 April 2013

Kelahiran Anak Ketiga


Syukur, Alhamdullillah. Pada hari Khamis bersamaan pada 28hb Mac 2013 yang lalu, isteri (Farrah Mardinawatiee) saya telah selamat melahirkan anak lelaki ketiga kami. Sebagai satu lagi anugerah dan rezeki yang bermakna buat saya dan keluarga, lalu dirasakan perlu untuk dicoret dan diabadikan ke dalam ruangan blog ini kerana "Fateh al-Mujahid" lahir ketika ayahandanya sedang berjuang ke arah merangka, melaksana dan memenangkan kajian phd ini.

Sekadar mengimbau kenangan lalu, begitu cantik susunan Allah SWT dalam perjalanan kehidupan kami sekeluarga terutamanya dalam menyambut setiap kelahiran anak-anak saya di dunia ini. Faathir al-Mubasyir lahir (2010) ketika saya selesai menyiapkan ijazah Seni Bina manakala Fahim al-Mustaqim lahir (2011) sewaktu saya sedang menyiapkan penyelidikan sarjana di Universiti Sains Malaysia. Masing-masing punya pengalaman dan keunikkan untuk disiapkan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini dan prosesnya terus berlaku hingga ke saat ini..

Terima kasih Allah SWT atas rezeki yang Engkau kurniakan. Semurni dan seindah maksud namanya, semoga ia dapat menjadi "pembuka kepada jalan jihad" (sungguh-sungguh) kepada ayahnya untuk terus berusaha dan sentiasa bersemangat dalam mengharungi cabaran ruang dan waktu sepanjang menyiapkan kajian tesis ini nanti, insyallah.. ;-)

Khamis, 14 Mac 2013

Kejiwaan Bandar : Satu Sorotan

Berikut adalah abstrak makalah yang telah saya siapkan dalam semester kedua ini..

Makalah ini membentangkan satu kajian kecil mengenai definisi kejiwaan bandar sebagai indikator dayahuni bandar yang mengalami proses perubahan pembandaran yang cepat dan drastik. Timbulnya ilmu kejiwaan bandar ini apabila pemikiran manusia mula mengajukan pelbagai persoalan tentang sifat bandar yang mengelilinginya. Keadaan alam bandar di renung sebagaimana di renung dirinya manusia itu sendiri. Renungan itu selari dengan perkembangan pemikiran manusia yang hasilnya melahirkan pola kejiwaan bandar sebagai objek dan subjek pemerhatian, suatu metafora dan merupakan perkara yang paling menarik tetapi kompleks. Dalam pola kejiwaan bandar itu terkandunglah dorongan-dorongan hidup, nilai dan norma kehidupan, kelestarian, kekompleksan dan kesejahteraan. Pembentukan dan peneguhan kejiwaan bandar secara fizikal dan sosial adalah suatu gerak kuasa semulajadi antara penghuni (people), prinsip (principle) dan pola ruang (place) bandar tersebut. Gerak kuasa inilah yang membentuk mores dayahuni, yakni, apabila sebuah bandar mengalami perubahan dari segi bentuk (form) dan ruang (space) nya, maka perubahan itu tidak sama sekali mempengaruhi bentuk dan ruang “jiwa” bandar yang sedia ada. Namun, cabaran terbesar dalam menginterpretasikan erti kejiwaan bandar ini adalah menterjemahkan sifatnya yang abstrak kepada rupa fizikal yang boleh disentuh, dilihat, koheran dan lestari.

Kata Kunci : Kejiwaan Bandar; dayahuni; perubahan bandar; kelestarian

Untuk kertas kerja penuh boleh klik di sini

Rabu, 20 Februari 2013

Pembentangan dan Laporan Penilaian Zamalah Lestari Sem 1

"Tahniah!", kata Pengarah Lestari, Prof. Dr. Mazlin sewaktu membuka acara pembentangan dan laporan penilaian Zamalah yang saya terima sejak bulan September tahun lalu. Ucapan itu atas kerana saya berjaya membuat pembentangan ini yang sepatutnya di buat selewat-lewatnya pada semester 2 atau cukup setahun. Syukur, Alhamdullillah, pembentangan ini atas inisiatif sendiri dan galakan dari para penyelia. Syukur juga kerana punya penyelia-penyelia yang komited dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui perkembangan pelajarnya ini.

Dalam syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Lestari, ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh saya sebagai penerima zamalah ini. Antaranya adalah 1. membuat pembentangan proposal pada semester pertama 2. menghasilkan dua jurnal terindeks dalam tempoh pengajian. Sederhananya kedua-dua syarat tersebut telah saya laksanakan dan tambahan dari itu saya juga membuat laporan rasmi perkembangan tesis dan dihantar pada setiap hujung semester. Menurut saya, berbanding pembentangan proposal yang lalu, pembentangan kali ini dilihat lebih mencabar. Pengadilnya lebih ramai yang terdiri daripada pihak pengurusan Lestari yang profesional dan ketiga-tiga penyelia saya juga turut sama memerhati.

Pembentangan Cadangan Kajian Tesis


7 Feb 2013. Alhamdullillah, pembentangan cadangan (proposal presentation) kajian untuk tesis phd dapat juga diselesaikan pada semester satu ini. Proses untuk ke acara ini mengambil masa dan ruang yang panjang, rumit dan terhad. Seminggu sebelumnya iaitu pada 30 Januari 2013, telah diadakan dahulu pra-pembentangan yang saya kira cukup manfaat di samping dapat membantu mengemaskini data dan persembahan slide. Terima kasih kepada para penyelia dan PM. Dr Ahmad Fariz atas nasihat, teguran dan membantu ke arah menyiapkan pembentangan yang lebih berkesan. Beberapa komentar utama yang dikeluarkan oleh pemerhati semasa hari pembentangan antaranya :

1. Istilah bahasa Inggeris yang ada beberapanya telah di Melayu kan. Contoh transportasi dari kata "transportation"
2. Penyataan Masalah - perlu difokuskan lagi kerana ia menjadi penyebab mengapa tesis ini perlu di kaji

Khamis, 17 Januari 2013

Finding The Soul Of The City

A professor of sociology at York University, Blum is now entering his fifth year as the director of the Culture of Cities project, a major research endeavour that explores the "essential rhythms" unique to different cities. The Culture of Cities research centre, located in the vibrant, bustling Annex neighbourhood of downtown Toronto, provides the perfect vantage point for Blum's own work within this larger project.

"When we talk about the culture of a city," says Blum, the noise of traffic audible just outside, "we usually mean its food, fashion, music, architecture – its art. But a city has a rhythm – an identity – that goes deeper than the aesthetic surfaces of a culture. A city has a 'soul' – even a heart of darkness – and this is something researchers can discover because a soul quite palpably marks a city the way a scar or stigma points to its own specific peculiarity, its physiognomy."

But according to Blum, the desire of world cities to look the same drives them all into a spiral where each seeks to distinguish itself by adding whatever every other city has, thus intensifying the very uniformity that each tries to avoid. This results in a kind of dialectical whirlpool where all cities look the same and yet aspire to be special.

Blum also points out that globalization has brought the soul of many cities into sharp relief. Different urban communities, for example, have different thresholds to change, congestion, civility, innovation and trust. New initiatives can push a community's buttons, exposing these thresholds.

"Open a McDonalds or a Starbucks in a seemingly quiet neighbourhood," says Blum, "and you'll quickly learn a lot about that neighbourhood because reactions provide openings for case studies."