Khamis, 18 April 2013

Kelahiran Anak Ketiga


Syukur, Alhamdullillah. Pada hari Khamis bersamaan pada 28hb Mac 2013 yang lalu, isteri (Farrah Mardinawatiee) saya telah selamat melahirkan anak lelaki ketiga kami. Sebagai satu lagi anugerah dan rezeki yang bermakna buat saya dan keluarga, lalu dirasakan perlu untuk dicoret dan diabadikan ke dalam ruangan blog ini kerana "Fateh al-Mujahid" lahir ketika ayahandanya sedang berjuang ke arah merangka, melaksana dan memenangkan kajian phd ini.

Sekadar mengimbau kenangan lalu, begitu cantik susunan Allah SWT dalam perjalanan kehidupan kami sekeluarga terutamanya dalam menyambut setiap kelahiran anak-anak saya di dunia ini. Faathir al-Mubasyir lahir (2010) ketika saya selesai menyiapkan ijazah Seni Bina manakala Fahim al-Mustaqim lahir (2011) sewaktu saya sedang menyiapkan penyelidikan sarjana di Universiti Sains Malaysia. Masing-masing punya pengalaman dan keunikkan untuk disiapkan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini dan prosesnya terus berlaku hingga ke saat ini..

Terima kasih Allah SWT atas rezeki yang Engkau kurniakan. Semurni dan seindah maksud namanya, semoga ia dapat menjadi "pembuka kepada jalan jihad" (sungguh-sungguh) kepada ayahnya untuk terus berusaha dan sentiasa bersemangat dalam mengharungi cabaran ruang dan waktu sepanjang menyiapkan kajian tesis ini nanti, insyallah.. ;-)

0 comments:

Catat Ulasan