Kajian Etnik

PRO-FORMA KURSUS SISWAZAH
SEMESTER 1, SESI 2013/2014

1. Institut : Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
2. Tajuk Kursus : Wacana Tentang Kajian Etnik
3. Kod Kursus : ZIRE6012
4. Bil.Kredit : Dua
5. Hari/Masa : Selasa/10.00pagi-12.00tgh
6. Penyelaras : Dr. Nidzam Sulaiman
7. Hasil :
- Memahami rangka pendekatan kajian etnik
- Berupaya menyampaikan hujah & mempertahankan hujah mengikut rangka pendekatan etnik
- Menghayati budaya mencari bahan, membaca, berfikir dan berwacana mengenai hal ehwal etnik
- Berkebolehan menyediakan hasil wacana dalam bentuk penulisan ilmiah dan meyakinkan

Sinopsis ringkas kursus :
Kursus ini bertujuan membawa para sarjana daripada pelbagai disiplin yang mempunyai minat penyelidikan dalam kajian etnik untuk membincangkan isu-isu teoritikal dan metodologikal mengenai kajian etnik di Malaysia dan luar negara. Pelajar dilatih untuk mengasaskan pemikiran dan penghujahan masing-masing dalam rangka ketrampilan yang ada di Institut Kajian Etnik (KITA), iaitu analisis akademik  dan advokasi awam. Pendedahan dan pengalaman berwacana secara langsung membantu pelajar membina kemahiran-kemahiran generik seperti berfikir secara kritis, berkomunikasi secara jelas, bertanya soalan secara tepat dan bersesuaian, keberanian membina pandangan, dan menyokong pandangan dengan asas bukti, kesediaan menerima kelainan pandangan, serta kemahiran merakamkan idea dan pemikiran dalam bentuk bertulis yang analitikal, jitu dan berasas, mengikut prinsip penulisan ilmiah.

TUGASAN WACANA KAJIAN ETNIK

Tugasan 1.

Sediakan ringkasan dalam 1-2 halaman setiap perbincangan/kuliah pensyarah yang diberikan dalam kursus ini. Terdapat 6 pensyarah yang terlibat. Huraian tersebut perlu ditaip dengan jarak 1½  dengan font Times New Roman saiz 12.                                                                                                                (40 markah)


Tugasan 2.

Sediakan esei dari salah satu tajuk berikut.

Tajuk Tugasan 2

1.     Dengan merujuk kes tertentu bandingkan konsep akomodasi dengan assimilasi 
      dalam konteks penyelesaian masalah hubungan etnik masyarakat majmuk.
2.      Dengan merujuk kes tertentu bandingkan konsep assimilasi dan melting pot.
3.      Bincangkan konsep Diaspora dengan merujuk kepada dua kes yang anda pilih.
4.      Bincangkan konsep Irredenta dengan merujuk kepada dua kes yang anda pilih.
5.      Bincangkan kedudukan minoriti Muslim di Selatan Thai dalam konteks 
      masyarakat minoriti.
6.      Bincangkan kedudukan minoriti Muslim di Selatan Filipina dalam konteks
      masyarakat minoriti.
7.      Bincangkan kedudukan perjuangan kemerdekaan Aceh di Indonesia dalam 
      konteks masyarakat minoriti.
8.      Pemisahan merupakan jalan terbaik kepada masalah gerakan minoriti yang 
      menuntut negara baru. Bincangkan dengan merujuk kes Timor Leste.
9.      Bincangkan kedudukan dan perjuangan dua kelompok minoriti di Myanmar.
10.  Sejauhmana pendekatan demokrasi permuafakatan (konsosiasional) berjaya 
      menjadi model berkesan bagi integrasi kaum.
11.  Sejauhmana konsep wasatiah dapat menjadi model terbaik bagi pemupukan
      integrasi nasional.
12.  Bincangkan faktor asas yang menyebabkan konflik etnik Bosnia dan Serbia 
      awal dekad 1990an.
13.  Bincangkan Konsep Clash of Civilisation yang dibangkitkan oleh Huntington.

14.  Bincangkan bagaimana pendekatan kelas dapat menjelaskan konflik kaum

Perhatian

  • Pilih satu tajuk. Cuba buat tajuk yang berbeza.
  • Esei boleh dibuat secara sendirian atau berkongsi berdua.
  • Sediakan esei anda dalam 10-15 hal, 1 ½ spacing, font: Times New Roman.
  • Sila serahkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir semester.
  • Pembentangan pilihan akan diadakan pada masa waktu kuliah-kuliah terakhir.
  • Plagiarisme adalah satu kesalahan besar.                                                                                          (40 markah)


0 comments:

Catat Ulasan