Selasa, 25 September 2012

Rasminya sebagai warga UKM

Dengan lafaz Bismillah, dimulakan catatan perjalanan di alam baharu yang dinamakan sebagai alam siswazah Doktor Falsafah. Syukur ke hadrat yang Esa, pada tarikh 9 September 2012 telah berjaya di sempurnakan pendaftaran dan secara rasmi sudah menjadi warganya Universiti Kebangsaan Malaysia. Permulaan yang asing kerana inilah kali pertama menjejakkan kaki sebagai pelajar di bumi Bangi ini yang dikirakan sebagai universiti berprestasi tinggi dan telah melahirkan ramai ilmuwan dan cendiakawan terbaik sehingga kini baik di dalam mahu pun di luar negara. Walaupun tertangguh satu semester, sememangnya ia satu hikmah yang cukup besar. Persiapan untuk ke arah ini lebih dapat diperkemaskan dan di susun dengan sewajarnya, maka proses pendaftaran pada Semester 1 Sesi 2012/2013 yang lepas menjadi lebih mudah dan lancar. Alhamdullillah.


Sedang mengisi borang Akujanji dan seumpama dengannya.Terima kasih buat ibu tercinta (Ainon bt Hamzah) yang sejak dahulu tidak pernah  jemu menemani dan berdoa atas langkah anaknya ini.

Antara sumber kekuatan dan pembakar semangat untuk menempuh cabaran masa dan ruang yang mendatang. Terima kasih buat Isteri (Farrah Mardinawatiee) yang sedang mengandung anak ke-3 dan anak-anak ayah, abg long (Faathir) & abg ngah (Fahim).

0 comments:

Catat Ulasan