Selasa, 15 Januari 2013

Glosari Hari Ini

Dislokasi
1. Satu perubahan atau pemindahan lokasi; 2. Dok perenggangan persendian pd patah tulang; 3. Geo pergeseran lapisan tanah krn gerakan tektonis; 4. Mil pemindahan atau penyebaran kesatuan militer dr suatu pangkalan atau pertahanan ke daerah lain; 5. Ling pemindahan unsur kalimat ke awal (sbg topik) atau ke akhir kalimat (sbg penegasan)


Disorganisasi
1. keadaan tanpa aturan (kacau, cerai-berai, dsb) kerana adanya perubahaan pada lembaga sosial tertentu

Sabtu, 5 Januari 2013

Jiwabandar : Sebuah Kajian Fotografik

Kampung Baru 1960an

Kuala Lumpur 1978


KLCC 1993

sumber : http://mforum.cari.com.my

Glosari Jiwa Bandar 2012-2013

A
Argumen 
1. Diskusi yang melibatkan sudut pandang yang bertentangan; 2. Demontrasi bukti dengan menggunakan alasan logik untuk mempengaruhi

Bandar  
1. Sekumpulan sistem-sistem perbandaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Sistem-sistem itu meliputi pelbagai hal, baik dalam sistem ekonomi, sosial, pengangkutan, dan juga sistem politik; 2. Terdiri daripada tiga komponen iaitu sistem pentadbiran, tempat hiburan dan kawasan padang. 

Bandar Mati 
Gambaran pada sesebuah ruang bandar yang tidak lagi bernyawa atau tidak bernadi- tidak lagi mempunyai interaksi dengan alam sekeliling

Benda budaya/Artifak 
Barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman

D 
Diskripsi 
Keterangan yg bertujuan utk menyampaikan gambaran mental ten­tang sesuatu yg dialami.

Dorongan 
Sejenis model yang menggambarkan beberapa aspek setengah-setengah sistem atau proses yang masih wujud, yang telah lepas, atau berbentuk hipotesis. Model itu selalunya adalah satu permudahan mengenai kebenaran sepenuhnya. (Charles F. Herman) 

E 
Ekologi 
1. Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn persekitarannya; 2. Hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dgn persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 

Elemen 
1. Anasir; 2. Sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur

Khamis, 3 Januari 2013

Slide Pembentangan Sains Kelestarian



Ahad, 9 Disember 2012

Bandar dan Jiwa


Bandar merupakan sekumpulan sistem-sistem perbandaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Sistem-sistem itu meliputi pelbagai hal, baik dalam sistem ekonomi, sosial, pengangkutan, dan juga sistem politik. Menjiwai sesebuah bandar merupakan laku atau ekspresi jiwa manusia dari sistem-sistem tersebut, sistem-sistem tersebut diterjemahkan menjadi tampilan wajah sesebuah bandar atau yang dikenal sebagai Kejiwaan Bandar. Kajian tentang pola kejiwaan bandar khususnya kepada hubungkait rupabentuk dan elemen-elemen (jiwa bandar), amatlah kecil bilangannya di negara ini. Umumnya sesuatu aspek yang menyentuh dengan persoalan bandar pasti tidak dapat lepas lari dari pembentukan konfigurasi nilai-nilai atau elemen-elemen yang membicarakan tentang ruang dan bentuk bandar serta pengaruh secara langsung terhadap proses pembentukan kejiwaan penghuninya. Dalam hal ini, Prof. H. M Dahlan (1997) pernah membangkitkan isu ini dengan menyatakan bahawa pembentukan dan peneguhan suatu konfigurasi nilai dalam suatu situasi sosial menjelaskan juga tentang kehadiran suatu struktur atau pola kejiwaan bandar yang menentukan atau membataskan agihan dan penggunaan ruang dan bentuk bandar dalam situasi tersebut. Dalam pola kejiwaan itu terkandunglah dorongan-dorongan hidup, naluri dan perasaan dengan fikiran, keunggulan, keperluan dan kemahuan[1].Oleh yang demikian, pemaju atau perancang hanya berupaya untuk menampilkan aspek kemanusiaan dalam perancangan pembangunan sekiranya mereka itu dapat menghayati pedoman pembangunan yang bercirikan bentuk kejiwaan bandar yang sedang berkembang mengikut arus zaman dan perubahan masyarakatnya. Maka tidak dapat tidak sesebuah bandar itu perlu dijiwakan kerana di situlah bermulanya tapak dan aturan yang mencerminkan ketamadunan sesebuah negara.




[1 ]H.M.Dahlan, 1997. Urbanisasi, Alam Kejiwaan Sosial dan Pembangunan.Penerbit UKM.