Sabtu, 5 Januari 2013

Jiwabandar : Sebuah Kajian Fotografik

Kampung Baru 1960an

Kuala Lumpur 1978


KLCC 1993

sumber : http://mforum.cari.com.my

Glosari Jiwa Bandar 2012-2013

A
Argumen 
1. Diskusi yang melibatkan sudut pandang yang bertentangan; 2. Demontrasi bukti dengan menggunakan alasan logik untuk mempengaruhi

Bandar  
1. Sekumpulan sistem-sistem perbandaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Sistem-sistem itu meliputi pelbagai hal, baik dalam sistem ekonomi, sosial, pengangkutan, dan juga sistem politik; 2. Terdiri daripada tiga komponen iaitu sistem pentadbiran, tempat hiburan dan kawasan padang. 

Bandar Mati 
Gambaran pada sesebuah ruang bandar yang tidak lagi bernyawa atau tidak bernadi- tidak lagi mempunyai interaksi dengan alam sekeliling

Benda budaya/Artifak 
Barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman

D 
Diskripsi 
Keterangan yg bertujuan utk menyampaikan gambaran mental ten­tang sesuatu yg dialami.

Dorongan 
Sejenis model yang menggambarkan beberapa aspek setengah-setengah sistem atau proses yang masih wujud, yang telah lepas, atau berbentuk hipotesis. Model itu selalunya adalah satu permudahan mengenai kebenaran sepenuhnya. (Charles F. Herman) 

E 
Ekologi 
1. Kajian tentang hubungan antara organisma hidup dgn persekitarannya; 2. Hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dgn persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana. 

Elemen 
1. Anasir; 2. Sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan unsur

Khamis, 3 Januari 2013

Slide Pembentangan Sains Kelestarian



Ahad, 9 Disember 2012

Bandar dan Jiwa


Bandar merupakan sekumpulan sistem-sistem perbandaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Sistem-sistem itu meliputi pelbagai hal, baik dalam sistem ekonomi, sosial, pengangkutan, dan juga sistem politik. Menjiwai sesebuah bandar merupakan laku atau ekspresi jiwa manusia dari sistem-sistem tersebut, sistem-sistem tersebut diterjemahkan menjadi tampilan wajah sesebuah bandar atau yang dikenal sebagai Kejiwaan Bandar. Kajian tentang pola kejiwaan bandar khususnya kepada hubungkait rupabentuk dan elemen-elemen (jiwa bandar), amatlah kecil bilangannya di negara ini. Umumnya sesuatu aspek yang menyentuh dengan persoalan bandar pasti tidak dapat lepas lari dari pembentukan konfigurasi nilai-nilai atau elemen-elemen yang membicarakan tentang ruang dan bentuk bandar serta pengaruh secara langsung terhadap proses pembentukan kejiwaan penghuninya. Dalam hal ini, Prof. H. M Dahlan (1997) pernah membangkitkan isu ini dengan menyatakan bahawa pembentukan dan peneguhan suatu konfigurasi nilai dalam suatu situasi sosial menjelaskan juga tentang kehadiran suatu struktur atau pola kejiwaan bandar yang menentukan atau membataskan agihan dan penggunaan ruang dan bentuk bandar dalam situasi tersebut. Dalam pola kejiwaan itu terkandunglah dorongan-dorongan hidup, naluri dan perasaan dengan fikiran, keunggulan, keperluan dan kemahuan[1].Oleh yang demikian, pemaju atau perancang hanya berupaya untuk menampilkan aspek kemanusiaan dalam perancangan pembangunan sekiranya mereka itu dapat menghayati pedoman pembangunan yang bercirikan bentuk kejiwaan bandar yang sedang berkembang mengikut arus zaman dan perubahan masyarakatnya. Maka tidak dapat tidak sesebuah bandar itu perlu dijiwakan kerana di situlah bermulanya tapak dan aturan yang mencerminkan ketamadunan sesebuah negara.




[1 ]H.M.Dahlan, 1997. Urbanisasi, Alam Kejiwaan Sosial dan Pembangunan.Penerbit UKM.


Isnin, 12 November 2012

Pulau Sumpahan, Presiden dan Evolusi Blog

Alhamdullillah, berlabuh sudah Kolokium Siswazah Lestari 2012..Barangkali aktor-aktornya sudah sampai ke destinasi masing-masing atau masih mungkin ada yang lena di ulit bantal. Ini kali ke tiga penulis sampai ke Pulau Sumpahan ini. Akhir dulu pada tahun 2006 semasa menyambung pengajian Ijazah Seni Bina di USM, menyempunakan analisis tapak projek membina sebuah hotel di sekitar pantai Datai..Aneh ya, kali ini datangnya ke sini dengan status yang sama iaitu "student". Begitu bermakna menjadi seorang pelajar, dapat melangkah kaki lebih jauh, merebut jutaan pengalaman yang terbentang luas di bumi Allah ini. Menyelusuri Pulau Sumpahan menurut pemerhatian penulis sudah semakin hilang "jiwa" nya. Jiwa sebuah pulau yang penuh dengan sejarah, bahasa dan budayanya semakin hari semakin di kunyah oleh rakusan raksasa modenisasi dan norma penghuninya yang terleka dengan habuan dunia. Wajah asing yang berbondong-bondong  datang dan pergi ke pulau ini hanya mendahagakan makanan, perhiasan dan perkakas yang murah serta keseronokan yang sementara berbanding sedikit yang mahu menyelongkar khazanah yang masih tersimpan di sebalik batu, air dan gunungnya. Tentu sekali batu asas (pusat penyelidikan langkawi) yang di bina Lestari merupakan satu instrumen yang tepat pada waktu nya kerana jika tidak dalam sepuluh tahun lagi, barangkali wajah Langkawi seumpama masih dalam sumpahnya si Mahsuri, yang berbeza adalah waktu, bentuk dan fungsinya (form& function)..Jika di tanya penulis, di bawah Pulau Sumpahan ini sudah perlu di suluh, di teroka dan di kenal penghuninya. Perspektifnya tidak sahaja lagi di lihat dari atas ke bawah tetapi dari bawah ke atas..